Monday, December 25, 2017

CARI MAKAN DI SUNGAI PETANI (PART 3)


#MR Steak House
No. 22, Ground Floor, Persiaran BLM 1/7, Bandar Laguna Merbok, 08000 Sungai Petani, Kedah




Mr. Steak House merupakan makanan barat yang sedap dan berpatutan harganya. Terdapat pelbagai lagi menu yang mnarik yang boleh didapati di sini. Raikan orang tersayang anda di Mr Steak House! Kami menyediakan hidangan barat yang LAZAT dan MURAH. Pasti akan menepati citarasa anda dan keluarga.



SUMBER: https://www.facebook.com/mrsteakhousesungaipetani/





#D'madinah Conner Laguna Merbok
No 21, Jalan Bndr Laguna Merbok 1/1, Bandar Laguna Merbok, 08000, Sungai Petani Kedah


Cuti-cuti sekolah ni jom bawa keluarga makan dekat D'MADINAH CORNER! Harga semua murah & berbaloi.😘 Bawa ramai-ramai pun takde masalah! Buka dari 4.30 petang hingga jam 11.30 malam tau!
Dapatkan juga set talam keluarga tanpa perlu pening kepala nk pilih menu yg sesui untuk makan bersama keluarga tersayang.❤️Set talam ini dilengkapi dgn chicken chop, lamb chop, roti bakar telur berdeney, mushroom sup, roti bakar garlic, jejari ayam, cheezy wedges, kentang goreng, daging burger & coleslaw 👌🏼
Memang terbaiklah!


SUMBER: https://www.facebook.com/dmadinahblm



Sunday, December 24, 2017

CARI MAKAN DI SUNGAI PETANI (PART 2)



#Restoran LeBoss
201, 202 Jalan Lagenda Height, Sungai Petani 08000 Kedah



Bukan sahaja menu masakan malaysia disediakan di sini, malah ada juga menu masakan barat disediakan disini. suasana restopran amat selesa. Makanan agak mahai tetapi berbaloi kerana kuantiti agak banyak. Jika anda bukan jenis yang makan dalam kuantiti yang besar atau tidak lapar, anda pasti tidak mampu meghabiskannya.

Restoran LeBoss dibuka pada setiap hari bemula pada jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam kecuali pada hari Jumaat iaitu pada jam 03.00 petang




#Nasi Lemak Cinta Sayang
No 1, Jalan Lagenda, Lagenda Height Sungai Petani, 08000 Kedah




Papan tandanya agak besar jadi mudah untuk pengunjung mencarinya. Sebagaimana namanya, Nasi Lemak Cinta Sayang terkenal dengan nasi lemaknya. Ada pilihan telur rebus, telur goreng, ayam goreng, kari daging, kentang bercili dan sebagainya.

Jika nasi lemak bukan pilihan anda, ada sahaja menu lain yang boleh dicuba seperti bihun goreng, mee goreng serta pilihan nasi campur. Seperti biasa mereka menyediakan pelbagai jenis minuman termasuk teh tarik minuman kegemaran rakyak Malaysia.

Para pelanggan bersetuju dengan Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang ini bagus dari segi penjagaan kebersihan dan layanan yang baik.







KREDIThttp://saji.my/sungai-petani/
PHOTO BYFOURSQUARE

Thursday, December 21, 2017

PENGKALAN IKAN BAKAR



RESTORAN PENGKALAN IKAN BAKAR, yang berlokasi di Sungai Petani di Jalan Pengkalan berhampiran dengan sungai ini menyajikan pelbagai jenis hidangan makanan yang sedap da segar.

Pengunjung juga boleh memilih ikan atau makanan laut yang lain untuk dibakar atau dimasak mengikut pilihan sendiri

Terdapat jugak masakan lain seperti tomyam, asam pedas, makanan bergoreng dan sebagainya.

Sekali cuba pasti menyengat 😋😍


Nasi Goreng Pengkalan
Nasi Goreng Udang




Siakap 3 Rasa Pengkalan 






















CARI MAKAN DI SUNGAI PETANI (PART 1)



#Chennai Curry House
141-143 Jalan Lagenda 5, Lagenda Height Sungai Petani, 08000 Kedah


Sebagaimana namanya, Chennai Cury House menyediakan menu masakan India. Oleh itu, antara menu yang boleh anda temui ialah nan, thosai, ayam tandoori, kambing varuvaral, briyani dan sebagainya. Untuk merasai pengalaman berbeza, nasi dihidangkan di atas daun pisang. Rata-rata berpuas hati dengan masakan di Chennai Curry House.

Antara ruang makan dan runag dapur dipisahkan dengan dinding kaca. Jadi, pelanggan dapat melihat keadaaan dapur. Chennai Curry House dikenali bersih dan memiliki pelayan yang mesra dan suka membantu walaupun ada sebahagian pelayn mereka tidak mampu bertutur dalam bahasa melayu dengan baik.



#Pallet Cafe
No. 162, 1st Floor,  Jalan Lagenda 6, Lagenda Height, 08000 Sungai Petani, Kedah



Pallet Cafe mempunyai gaya hiasan ala-ala hipster yang memberi rasa tenang dan relaks. bagi sesetengah orang ia menampilkan gaya artistik bercampur sentuhan moden.

Pekerjany pula amat mesra dan sedia membantu. Lalu, ia menjadi lokasi yang sesuai untuk seisi keluarga dan perjumpaa rakan-rakan. Masakan yang ditawarkan adalah makanan barat seperti lamb chop, grilled chicken, pasta dan pizza.

Tidak banyak pujian yang diberikan kepada makanan tetapi tidak jugaklah ada komen buruk mengenainya. Pallet Cafe amat sibuk pada waktu malam selain tengah hari. Oleh itu, cuba cari masa yang sesuai untu anda. 







KREDIThttp://saji.my/sungai-petani/
PHOTO BY: FOURSQUARE