Friday, August 14, 2015

Street Drink Sg Petani




1. BORDER TEA
Borders Tea™ Sungai Petani
No 1,Jalan Pengkalan
Pekan baru sungai petani

 016-414 4420


Dulu kategori Street Drink juga tapi disebabkan ada "masalah" mereka bergerak utk buka premis sendiri

2. COWBOY COFFEE

Jalan Taman Ria Jaya,Sungai Petani
016-471 9394
Giant Laicikang boleh dapatkan di gerai bersebelahan Cowboy coffee










Thursday, August 13, 2015

Medan Selera Jam Besar ( Clock Tower ) Sg Petani





"Did somebody say.... Food ? "
" Yeah Mr.Cat , I will write about food again " ^___^

Medan Selera Jam Besar . Medan selera dekat sini memang macam-macam pilihan makanan ada, boleh datang try tengok dan makan.




This photo of Medan Selera Jam Besar is courtesy of TripAdvisor 

Waktu operasi petang ( after office hour) sampai 1.00 - 2.00 am macam tu lah, macam-macam menu ada ! Kalau orang luar yang datang sungai petani, tercari-cari kawasan tempat makan yang besar dan banyak pilihan waktu malam boleh cuba dekat sini.

Lokasi tepat berdekatan dengan HSBC bank yang bangunan ala-ala zaman pemerintahan Inggeris suatu ketika dahulu. Bangunan-bangunan kawasan ni kebanyakkan bangunan lama dan elok dibuat kawasan bersejarah dan perlu dibaik pulih supaya tinggalan sejarah jajahan tu tak hilang dek usia dan teknologi.



Akhir sekali, kalau ada hajat nak datang bercuti di sungai petani boleh la rancang awal-awal. Senang nanti. Cuti sekolah memang ramai orang luar berduyun-duyun datang Sg Petani, tempahan hotel digalakkan awal untuk mengelak anda kena tidur dalam kereta sebab tiada kekosongan.

Sekian...

#sungaipetanikedah

Wednesday, August 12, 2015

Uptown Sungai Petani

"UPTOWN"
Setiap negeri mesti akan ada dua tiga tempat yang di panggil Uptown @ Downtown.  Tempat-tempat macam ni lebih kurang macam Bazar Raya yang anda pernah singgah membeli baju raya tu.

Di Sungai Petani juga tidak ketinggalan dengan kehadiran tapak Uptown yang telah beberapa tahun bertapak. Waktu operasi/niaga uptown Sg Petani selalunya pada hujung minggu sahaja (Jumaat/Sabtu/Ahad) dan bermula pada jam 10.00 malam hingga 1.00 - 2.00 pagi kecuali jika pada bulan ramadhan, selalunya pada bulan ramadhan waktu operasi setiap malam hingga malam raya.

Jadi sesiap yang berminat nak shopping barang-barang lelaki, wanita, kanak-kanak, hobi dan banyak lagi bolehlah datang kesini. Harga berpatutan dan kena pandai tawar-menawar jugak baru dapat murah ^_^



*Image sumber dari Google

#sungaipetanikedah

Tuesday, August 11, 2015

Western Food Sungai Petani

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. itu tidak pernah mencela sama sekali pada sesuatu makanan. Jikalau beliau s.a.w. ingin pada makanan itu beliau pun memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka beliau tinggalkan – tanpa mengucapkan celaan padanya.” (Muttafaq ‘alaih)


Sebut Western Food mesti ramai yang terbayang Chicken Chop, Lamb chop, chicken grill and segala bentuk makanan barat dah mula terlintas dalam kepala. Walaupun banyak kedai-kedai makan western bercambah di merata tempat tapi tak semua mampu menawarkan rasa yang cukup 'umphh' la orang cakap.

Me'nate steak House salah satu tempat yang paling terbaik yang ada di Malaysia tapi hari ini kita nak share antara-antara restaurant western terbaik di Sungai Petani,Kedah mengikut komen-komen orang ramai. Kalau mai jangan lupa singgah !

1. Big Mouth Republic  ( Rate ***)

     Address: C-123, Lorong 10, Taman Sejati Indah, 
                      08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia
     Phone+60 12-437 9003



2. Leboss Restaurant ( Rate ***)

    Address: 201, 202, Jalan Lagenda 7, Lagenda Height, 
                   Sungai Petani, 08000, Sungai Petani, Kedah, 
    Phone: +60 12-409 0446




3.Hotmas Restaurant ( Rate **** )

 Address: 26&27, Jalan Pahlawan, Taman Lagenda Indah, 
                 08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia
 Phone: +60 4-424 9292

Note : Kalau nak datang makan dekat sini pastikan perut anda betul-betul lapar sebab kuantiti makanan 1 pinggan boleh makan untuk dua orang & harga berpatutan.

4.Farid's Grill (Rate ***)

   Address : Kampong Sungai Pasir,08000 Sungai Petani,Kedah
   Phone :  0143005040 / 0143015900


Ada banyak lagi restaurant western di sungai petani, senarai yang terpapar diatas antara yang top. Mungkin ada lagi yang best tapi terlepas pandang ke anda boleh inform di ruangan komen.

#sungaipetani
#kedah
#jalanjalancarimakan