Assalammualaikum dan Hello to our reader.
Hari ini , kami berkongsi tentang tips-tips memilih hotel semasa melancong. Percutian yang sempurna haruslah dimulakan dengan tempat penginapan yang sempurna.Hmm..Bagaimana anda memilih tempat penginapan anda? Harga? Keselesaan? Komen dari pengunjung sebelum ini? Baiklah , kita mulakan perkongsian tips kita dengan Bismillahirahmannirohim...
1. SURVEY HOTEL
Haaa..tips yang paling penting adalah survey dulu harga bilik dan keadaan bilik hotel. Semak komen-komen dari pengunjung yang pernah tinggal di hotel itu. Tidaklah kita menyesal selepas masuk ke dalam bilik hotel. Apabila anda sudah menjejakkan kaki ke dalam hotel dan rasa tidak puas hati , anda buat aduan. Kalaulah pekerja hotel itu cemerlang , masalah anda akan selesai secepat mungkin kerana kadang kala kekurangan bilik hotel tidak dapat dielakkan. Namun , sekiranya pekerja hotel itu memiliki sikap kurang ajar , dah tentulah anda pun panas hati. Percutian anda yang sepatutnya gembira , bertukar menjadi marah dan geram.
2. HARGA BILIK
Apabila anda mengenal pasti hotel yang anda suka , telitilah harganya dulu. Adakah harga itu bersesuaian dengan bajet anda? Di sini , saya ingin mengingatkan satu perkara "HARGA YANG MAHAL TIDAK BERERTI ANDA SELESA , MANAKAL HARGA YANG MURAH TAK BERERTI TERUK. Hotel 5 Bintang juga mempunyai masalah. Kadang kala , bintang tidak membawa erti kepada servis. Apabila melihat harga hotel , lihatlah bajet anda sama. Adakah anda dari golongan yang sederhana atau mewah? Kalaulah anda ini dari golongan sederhana terutama yang makan gaji , tak perlulah anda ingin tinggal di hotel 5 bintang. Buat apa nak susahkan diri untuk membayar hutang dikemudian hari. Mengikut pengalaman kami bekerja di hotel , Dato' dan Tan Sri pun tinggal di hotel yang sederhana.
3. TENGOK POLISI HOTEL
Polisi hotel sangat penting kerana terdapatnya masa check-in dan check-out. Contohnya , kami di Hotel Sastria mempunyai masa check-in pukul 14.00 - 00.00 manakala check-out pula pada pukul 13.00. Tengoklah masanya dahulu. Ada sesetangah pengunjung , ingin membuat check-in awal sedangkan bilik tidak disediakan lagi atau check-out belum dilakukan oleh pengunjung sebelum itu. Anda marah kerana terpaksa menunggu. Disini saya ingin bertanya , siapa yang salah? Anda atau hotel? Fikir-fikirkanlah.
4. KEMUDAHAN HOTEL
Baca dahulu kemudahan hotel yang anda pilih. Contohnya , parking. Anda ingin membawa kereta sendiri atau kereta sewa semasa melancong , mestilah memelurkan parking. Ada sesetengah hotel tidak menyediakan parking. Anda hanya menyedarinya selepas sampai di hotel. Adakah ia parking percuma atau berbayar? Hotel tersebut mempunya tempat makan atau tidak? Hotel tersebut mempunyai wifi atau tidak? Hotel tersebut boleh merokok atau tidak?
4. DEPOSIT
Ada sesetengah hotel yang mengambil deposit dan memulangkannya sewaktu check-out. Ini adalah salah satu prosedur hotel-hotel di Malaysia. Ada hotel mengenakan deposit sebanyak RM50 atau RM100. Jika hotel tersebut memerlukan deposit sedangkan duit anda tidak mencukupi , proses check-in anda akan terganggu.
5. JENIS BILIK
Hotel menawarkan pelbagai jenis bilik yang bersesuai dengan bilingan yang ingin tinggal. Mungkin anda pergi bersama keluarga dan memelurkan bilik keluarga..tetapi mengikut bilik yang anda tempah , ia adalah bilik single. Alamak! Mestilah tak muat untuk anda sekeluarga. Lainlah kalau anda ingin jimat dan pilih bilik single.
BONUS
Nasihat kami , selepas anda mengemak semua lima perkara di atas , telefon hotel untuk kepastian.
#hotelbudgetsungaipetani,hotelsungaipetani,sastriahotel,budgethotelsungaipetani,hotelkedah