Tuesday, November 11, 2014

PULAU SAYAK

Hello semua. Have a nice day! Are you feel bored or stress? You need to relax yourself.
Pulau Sayak adalah tempat yang terbaik bagi merehatkan minda. Pulau Sayak? Tidak pernah dengar tentang Pulau Sayak?Pulau Sayak adalah satu destinasi pelancongan di Kedah. Pulau Sayak berdekatan dengan Pantai Merdeka.


Pulau Sayak sangat terkenal dengan Mee Udang. Tetapi, Usop Mee Udang Laut Pulau Sayak adalah yang terbaik. Ingat , carilah kedai ini. Ingat Usop ingat Mee Udang. Jangan singgah kedai lain pulak. Kedai lain rasa tidak sehebat Usop!

Harga yang ditawakan di kedai ini adalah RM8.00 untuk yang biasa manakala RM11.00 untuk yang special.

Buka : SETIAP HARI
Masa : 9.00 Pagi Hingga 12.00 Malam

Agak-agak sesat jalan..Gunalah talian 019-2671650 / 019-4321857

Ha...pastikan anda melihat signboard nie. USOP MEE UDANG LAUT PULAU SAYAK
Pandangan dari tempak duduk. Subahannalh,cantik sungguh pulau.

Pandangan dari tempat duduk luar. Terasa nak main air tak?

Mee Udang Special. Selalunya 4-5 ekor udang sepinggan.

Mee Udang Biasa. Ada 2-3 ekor udang sepinggan.


Gambar Udang yang diasingkan.


Subahanallah,cantinya matahari. Gambar ini diambil dengan bersusah payah dengan terpaksa tutup mata kerana sinaran matahari. Alhamdullilah,tutup mata pun tetap dapat tangkap gambar yang cantik. *Terpesona*

Boleh jalan-jalan


 P/S : Pulau Sayak mengambil masa 1 1/2 dari Sastria Hotel

GUNUNG JERAI



Assalamualaikum semua. Alhamdullilah,kembali lagi dengan menulis tentang destinasi pilihan di Sungai Petani,Kedah. Hari ini,destinasi yang akan diperkenalkan adalah Gunung Jerai.

Gunung Jerai atau dikenali sebagai Puncak Kedah merupakan sebuah gunung yang sangat terkenal di Kedah. Gunung Jerai berada di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Gunung Jerai setinggi 2,107 meter. dan 12 km jarak untuk mendaki.

Apabila sampai saja di puncak Gunung Jerai, alamak! Sejuk la pulak. Dinasihatkan,sila bawak atau pakai baju sejuk. Malah,bila kita berada dia atas gunung,

Apabila kita mendaki Gunung Jerai , seeloknya menjaga adab sopan dan tutur kata. Rasanya,jika ingin mendaki Gunung Jerai, seeloknya lebih dari 2 orang. Kadang-kadang tempat macam ini,agak menakutkan sikit jika berseorangan.

Selalunya, pendaki akan membawa backpacking kerana lebih mudah. Backpacking tidak perlulah terlalu berat. Bawalah barang keperluan saja seperti baju sejuk , lampu suluh , peti kecil kecemasan , makanan (selalunya maggi) dan sebagainya.

Sebenarnya, banyak lagi tempak menarik di Gunung Jerai seperti Batu Kapal , Gua Naga , Kolam Bunian dan sebagainya.

Akhir Sekali ucapan tahniah buat En.Khairul dan kawan-kawan kerana berjaya menghabis program biz dan coaching mentoring anjuran PKNK selama 8 Bulan dan majlis graduasi pada 6,7 dan 8 Nov. 14. Sebahagian gambar di bawah adalah pemandangan gunung jerai dan gambar graduasi usahawan-usahawan PKNK.



Cantiknya bunga

Sebenarnya, boleh saja buat majlis dekat Gunung Jerai ini.

                                                            tenaga pengajar dan pengurus

Makan dulu (Lapar~~~)




Tangkap gambar dulu sebagai kenangan

                                                                      Riadah pagi
Happy^^


Kenangan bermalam di Gunung Jerai

Charlie Angel

Monday, October 13, 2014

SUNGAI MERBOK

Assalammualaikum and salam sejahtera kepada semua pembaca blog (Formal sikit)

Hari ini,kami akan menceritakan tentang Sungai Merbok. Haaaa...tahu tak Sungai Merbok dekat mana?Of course la,Sungai Merbok dekat Sungai Petani. Sebenarnya ramai yang tercari-cari tempat-tempat menarik di Sungai Petani untuk dikujungi. Sungai Merbok adalah tempat yang sesuai untuk bergembira bersama keluarga.

Apa yang ada di Sungai Merbok?Baiklah,kami kongsikan bersama anda hari ini. Dah namanya pun sungai,mestilah ada sungai..hehe..Jangan kata Sungai Petani takda sungai pulak. Kita mesti hendak berehatkan diri dan minda,ambiklah masa tenung sungai ini.Insyallah,fikiran kita pun tenang.Kita boleh tengok nelayan-nelayan menangkap ikan dengan menaiki bot. Kita akan merasakan tiupan angin sempoi-sempoi.Insyallah,terasa macam dekat oversea^^

Jangan risau , apabila kita penat tengok sungai , bolehlah singgah makan di restoran yang ada. Nelayan-nelayan tangkap fresh semua makanan laut. Mestilah semuanya segar. Kita makan sambil melihat sungai dan ditiup angin segar.Wahhh..memang relax. Kita makan bersama keluarga dan menikmatinya bersama , memang boleh tenangkan fikiran sama. Dah syok-syok makan,tangkap gambar dulu.Betul tak?Makanan disini juga sedap-sedap.

Jangan tunggu lama-lama , singgahlah sekarang!

Bot yang disediakan. Kita juga boleh sewa untuk bersiar-siar di sekitar Sungai Merbok.

Haaaa...Nampak sedapnya sampai terkeluar air liur.Belum makan lagi.

Boleh cuba jagung bakar

Wednesday, October 8, 2014

MASJID ZAHIR

Bismillahirahmanirohim..

Assalammualaikum kepada seluruh umat islam. Hari ini,kami akan berkongsi tentang rumah Allah S,W,T, yang sangat terkenal di Malaysia terutamanya di Kedah..Haa..Orang kedah pernah tak menjejakkan kaki ke tempat yang cantik ini?Kalau orang Kedah,alhamdullilah jika anda pernah pergi manakala bagi yang tidak pernah ke Masjid Zahir,apa kata bawa keluarga anda semasa cuti hujung minggu. Tak salahnya kita meluangkan masa cuti kita ke sini? Selalunya pergi pantai dan muzium saja. Bawa keluarga anda ke sini. Ajar anak-anak anda untuk mengenali rumah Allah S.W.T.

Menjejakkan kaki ke rumah Allah S.W.T. ini, Masyallah..Cantik! Masjid Zahir terletak betul-betul di Bandaraya Alor Setar.

Perasmian di lakukan oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada hari Jumaat,6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915)

Masjid Zahir adalah antara masjid tercantik di dunia.

P/S : Pilihlah Hotel Sastria sebagai destinasi penginapan anda. Alang-alang dah sampai Kedah , singgahlah di Sungai Petani.



Saturday, October 4, 2014

TIPS MEMILIH HOTEL

Assalammualaikum dan Hello to our reader.

Hari ini , kami berkongsi tentang tips-tips memilih hotel semasa melancong. Percutian yang sempurna haruslah dimulakan dengan tempat penginapan yang sempurna.Hmm..Bagaimana anda memilih tempat penginapan anda? Harga? Keselesaan? Komen dari pengunjung sebelum ini? Baiklah , kita mulakan perkongsian tips kita dengan Bismillahirahmannirohim...

1. SURVEY HOTEL

Haaa..tips yang paling penting adalah survey dulu harga bilik dan keadaan bilik hotel. Semak komen-komen dari pengunjung yang pernah tinggal di hotel itu. Tidaklah kita menyesal selepas masuk ke dalam bilik hotel. Apabila anda sudah menjejakkan kaki ke dalam hotel dan rasa tidak puas hati , anda buat aduan. Kalaulah pekerja hotel itu cemerlang , masalah anda akan selesai secepat mungkin kerana kadang kala kekurangan bilik hotel tidak dapat dielakkan. Namun , sekiranya pekerja hotel itu memiliki sikap kurang ajar , dah tentulah anda pun panas hati. Percutian anda yang sepatutnya gembira , bertukar menjadi marah dan geram.

2. HARGA BILIK

Apabila anda mengenal pasti hotel yang anda suka , telitilah harganya dulu. Adakah harga itu bersesuaian dengan bajet anda? Di sini , saya ingin mengingatkan satu perkara "HARGA YANG MAHAL TIDAK BERERTI ANDA SELESA , MANAKAL HARGA YANG MURAH TAK BERERTI TERUK. Hotel 5 Bintang juga mempunyai masalah. Kadang kala , bintang tidak membawa erti kepada servis. Apabila melihat harga hotel , lihatlah bajet anda sama. Adakah anda dari golongan yang sederhana atau mewah? Kalaulah anda ini dari golongan sederhana terutama yang makan gaji , tak perlulah anda ingin tinggal di hotel 5 bintang. Buat apa nak susahkan diri untuk membayar hutang dikemudian hari. Mengikut pengalaman kami bekerja di hotel , Dato' dan Tan Sri pun tinggal di hotel yang sederhana.

3. TENGOK POLISI HOTEL

Polisi hotel sangat penting kerana terdapatnya masa check-in dan check-out. Contohnya , kami di Hotel Sastria mempunyai masa check-in pukul 14.00 - 00.00 manakala check-out pula pada pukul 13.00. Tengoklah masanya dahulu. Ada sesetangah pengunjung , ingin membuat check-in awal sedangkan bilik tidak disediakan lagi atau check-out belum dilakukan oleh pengunjung sebelum itu. Anda marah kerana terpaksa menunggu. Disini saya ingin bertanya , siapa yang salah? Anda atau hotel? Fikir-fikirkanlah.


4. KEMUDAHAN HOTEL

Baca dahulu kemudahan hotel yang anda pilih. Contohnya , parking. Anda ingin membawa kereta sendiri atau kereta sewa semasa melancong , mestilah memelurkan parking. Ada sesetengah hotel tidak menyediakan parking. Anda hanya menyedarinya selepas sampai di hotel. Adakah ia parking percuma atau berbayar? Hotel tersebut mempunya tempat makan atau tidak? Hotel tersebut mempunyai wifi atau tidak? Hotel tersebut boleh merokok atau tidak?


4. DEPOSIT

Ada sesetengah hotel yang mengambil deposit dan memulangkannya sewaktu check-out. Ini adalah salah satu prosedur hotel-hotel di Malaysia. Ada hotel mengenakan deposit sebanyak RM50 atau RM100. Jika hotel tersebut memerlukan deposit sedangkan duit anda tidak mencukupi , proses check-in anda akan terganggu.


5. JENIS BILIK

Hotel menawarkan pelbagai jenis bilik yang bersesuai dengan bilingan yang ingin tinggal. Mungkin anda pergi bersama keluarga dan memelurkan bilik keluarga..tetapi mengikut bilik yang anda tempah , ia adalah bilik single. Alamak! Mestilah tak muat untuk anda sekeluarga. Lainlah kalau anda ingin jimat dan pilih bilik single.


BONUS

Nasihat kami , selepas anda mengemak semua lima perkara di atas , telefon hotel untuk kepastian.


#hotelbudgetsungaipetani,hotelsungaipetani,sastriahotel,budgethotelsungaipetani,hotelkedah

Wednesday, October 1, 2014

RESTORAN HOTMAS

Hello..Hello..Hello..We came back again for our lovely reader^^

Nampak tak Restoran Hotmas dipenuhi pengunjung?
Hari ini , kami akan kongsikan restoran yang terkenal di Sungai Petani. Bagi yang pernah tinggal di Sastria Hotel , pasti anda sangat mengenali dengan Hotmas. Kedudukan Hotel Sastria bersebelahan dengan Hotmas.

Bagi penduduk Sungai Petani,Kedah , pasti anda tahu tentang Hotmas. Pengunjung kedai Hotmas sangatlah ramai terutama pada pukul 6 petang sehingga 10 malam. Hotmas terkenal kerana masakan yang sedap dan berbaloi untuk dimakan. Tak percaya? Kena try dulu baru komen ye...

Menu? Hotmas terkenal dengan masakannya seperti Chicken Chop , Grilled Chicken With Black Paper , Bihun Singapore , Nasi Goreng USA , Nasi Goreng Indah , Nasi Goreng Ekonomi , Sizzling dan banyak lagi. Menarik?

Bagi yang berminat untuk mencuba di Restoran Hotmas , ia dibuka setiap hari kecuali hari rabu dan cuti umum yang terpilih. Masa? Operasi restoran bermula dari pukul 5 petang sehingga 11 malam.

Selamat mencuba!



#Hotmasrestoran,#Hotmassungaipetani




THE CARNIVALL WATERPARK

Salam diberikan sebagai permulaan ayat. Hello to all our reader!

Hari ini kami akan menceritakan tentang The Carnivall Waterpark. Pernah dengar nama tempat ini? Tidak? Baiklah , kami akan kongsikan salah satu tempat tarikan pelancong di Sungai Petani ini. Kalau anda datang bercuti bersama keluarga atau ingin rehatkan minda di Sungai Petani , kami cadangkan The Carnivall Waterpark kepada anda. The Carnivall Waterpark ini dikenali dengan gelaran 'Water and Land of Excitement.' 



Walaupun , The Carnivall Waterpark tidaklah sebesar taman tema air yang lain tapi sesuai untuk semuia golongan. Ada sesetengah ibu bapa tidak cukup tenaga nak menemani anak-anak kecil yang aktif. Al-Maklumlah , bila usia semakin meningkat , tubuh badan pun semakin berat..hehe..Tapi jangan risau , anda pasti mempunyai cukup tenaga untuk bersuka ria bersama anak-anak dan keluarga. Insyallah , datuk dan nenek juga mempunyai cukup tenaga hendak bermain dengan cucu cicit. Saiz taman tema ini kecil tapi kepuasaannya sangat terbaik.

Selain itu , pengunjung The Carnivall Waterpark boleh memilih pelbagai permainan untuk beriadah seperti Water Coaster and Wild River , Carnivall Curve , River of Adventure and Wave Cove , Bubble Spa , Jungle Playground , Kiddies Cove , Family Bungee , dan Adventure climb , Bagi yang membawa kanak-kanak , Jungle Playground dan Kiddies Cove adalah pilihan terbaik untuk anak anda bermain.


Makanan? Tak perlulah dirisaukan kerana dalam The Carnival Waterpark ada gerai makan dan minuman. Harganya bermula dari RM1.50 hingga RM5.00. Menu? Ada Nasi Goreng Ayam , Nasi Lemak , Rojak , Maggie Goreng , Keropok Lekor dan banyak lagi.


Bagi yang Muslim, The Carnivall Waterpark ada terdapatnya surau untuk bersembahyang. Alang-alang kita hendak bergembira , seharusnya kita kena solat juga. Kegembiraan itu datang dari Allah S.W.T. juga, kan? Bergembira sambil bersyukur. Alhamdullilah.