Wednesday, October 1, 2014

THE CARNIVALL WATERPARK

Salam diberikan sebagai permulaan ayat. Hello to all our reader!

Hari ini kami akan menceritakan tentang The Carnivall Waterpark. Pernah dengar nama tempat ini? Tidak? Baiklah , kami akan kongsikan salah satu tempat tarikan pelancong di Sungai Petani ini. Kalau anda datang bercuti bersama keluarga atau ingin rehatkan minda di Sungai Petani , kami cadangkan The Carnivall Waterpark kepada anda. The Carnivall Waterpark ini dikenali dengan gelaran 'Water and Land of Excitement.' 



Walaupun , The Carnivall Waterpark tidaklah sebesar taman tema air yang lain tapi sesuai untuk semuia golongan. Ada sesetengah ibu bapa tidak cukup tenaga nak menemani anak-anak kecil yang aktif. Al-Maklumlah , bila usia semakin meningkat , tubuh badan pun semakin berat..hehe..Tapi jangan risau , anda pasti mempunyai cukup tenaga untuk bersuka ria bersama anak-anak dan keluarga. Insyallah , datuk dan nenek juga mempunyai cukup tenaga hendak bermain dengan cucu cicit. Saiz taman tema ini kecil tapi kepuasaannya sangat terbaik.

Selain itu , pengunjung The Carnivall Waterpark boleh memilih pelbagai permainan untuk beriadah seperti Water Coaster and Wild River , Carnivall Curve , River of Adventure and Wave Cove , Bubble Spa , Jungle Playground , Kiddies Cove , Family Bungee , dan Adventure climb , Bagi yang membawa kanak-kanak , Jungle Playground dan Kiddies Cove adalah pilihan terbaik untuk anak anda bermain.


Makanan? Tak perlulah dirisaukan kerana dalam The Carnival Waterpark ada gerai makan dan minuman. Harganya bermula dari RM1.50 hingga RM5.00. Menu? Ada Nasi Goreng Ayam , Nasi Lemak , Rojak , Maggie Goreng , Keropok Lekor dan banyak lagi.


Bagi yang Muslim, The Carnivall Waterpark ada terdapatnya surau untuk bersembahyang. Alang-alang kita hendak bergembira , seharusnya kita kena solat juga. Kegembiraan itu datang dari Allah S.W.T. juga, kan? Bergembira sambil bersyukur. Alhamdullilah.



No comments: