Saturday, January 2, 2016

Kempen "Discover Kedah 2016"

Assalamualaikum dan Selamat Datang tahun baru 2016 kepada semua.. Alhamdulillah kembali lagi dengan berkongsi maklumat dan menulis destinasi pilihan pembukaan tahun baru ni yang baru dilancarkan pada 1 Januari 2016 oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir iaitu kempen pelancongan yang bertemakan 'Kedah: Malaysia: Where it All Began' yang julung kalinya diadakan.

"Kedah mempunyai banyak produk pelancongan menarik dan mengagumkan khususnya warisan sejarah melalui tapak peradaban tertua di Asia Tenggara dan Kesultanan Kedah sebagai salah satu pemerintahan beraja yang berterusan tertua di dunia," - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir

Discover Kedah 2016
Kempen ini dijangka akan mengangkat nama Kedah sebagai satu destinasi pelancongan selain menekankan kepelbagaian destinasi pelancongan di negeri itu selain Pulau Langkawi.
Dengan adanya kempen sebegini, ia dapat menarik pelancong dari dalam negara dan luar negara untuk berkunjung ke negeri jelapang padi ini. 





No comments: