Tuesday, August 20, 2019
Lokasi Menarik di Kuala Muda Yan - Jerai Geoprak
TEMPAT BEST KAT SUNGAI PETANI!!!
Biasanya kalau Pelancong Mai kawasan Kuala Muda Sg.Petani exit TOL SP SELATAN.depa akan pi sebelah selatan SP dulu iaitu belah KOTA KUALA MUDA, banyak juga tempat menarik kot area situ antaranya ialah PASAR BISIK tempat org jual ikan secara berbisik dan ikan-ikan yang fresh yang baru sampai jetty. GALERI TSUNAMI yang menyimpan video dan gambaran semasa berlakunya bencana tsunami dan juga ada serpihan bangunan kesan dari bencana tsunami. Berhadapan galeri juga ada MEDAN SELERA tepi pantai dan tempat untuk bersantai bersama keluarga sambil berehat sambil menikmati ombak laut. MEE UDANG kat situ antara yang tersedap di kedah. PANTAI MERDEKA dan PULAU SAYAK juga terletak di kawasan berdekatan denganya.
Kalau keluar dari TOL SP UTARA, tempat yang wajib singgah ialah GALERI PAYA BAKAU JETTY SEMELING yang menghimpunkan semua kisah habitat flora dan fauna di sepanjang sungai merbok pendek cerita kalau pi galeri ni dah boleh cover sedikit sebanyak mengenai Kedah dan KEDAH TUA. Gambaran cerita yang merangkumi kawasan JERAI GEOPARK gabungan Daratan,Gunung-Ganang,Laut dan Sungai. Lagi 1 tempat ini juga ada RESTORAN DSA,TOILET,SURAU DLL, view untuk sunset memang terbaik di sini. HANYA 7KM sahaja dari TOL UTARA. Kalau naik highway nak ke kl atau ke hatyai boleh ja singgah sini.Keluar sekejap sahaja dari SP TOL UTARA, jarak perjalanan ke GALERI dalam 10 minit sahaja dah sampai. GALERI ini juga macam pintu gerbang SP dan ONE STOP CENTER macam-macam ada kat sini.
Di galeri ini juga ada JETTY SEMELING yang mana bot penumpang duk standby nak bawa orang pi melawat sekitar SUNGAI MERBOK dan pulau. Ramai orang tak tau yang kat SP nie dah ada ISLAND HOPING,yang inginkan keindahan pulau boleh lah ke PULAU SONG SONG, BIDAN DAN TELUR boleh SNORKELING,DIVING dan mandi manda. Boleh google tengok pulau tersebut kat internet dan lepas google admin takyah cerita Panjang la kalau dia orang yang waras comform hati akan berdegup kencang tanda dah jatuh cinta dengan pulau-pulau yang ada kat sini sebab masih DARA gitu..memang superb la
Bagi pengemar arkeologi tempat wajib singgah adalah peninggalan "KEDAH TUA" TAMADUN MELAYU yang telah wujud pada 788 BC (SEBELUM MASIHI) yang lalu iaitu hampir sezaman dengan ROM dan YUNANI dan +-800 Tahun sebelum kelahiran Nabi ISA AS. Bayangkan lah kalau kita menjejakkan kaki di Tanah yang telah di huni dan telah maju beribu tahun dahulu dan merupakan pengeksport besi DUNIA . Kesan peninggalan kapal dagang, pelabuhan dan juga tempat peleburan besi umpama kilang yang di gunakan untuk export besi ke seluruh dunia,memang rare tempat ni dan banyak sangat info yang akan kita tau kalau kita pi.SUNGAI BATU. Sungai Batu always open untuk visitor dan ada TOURIST GUIDE yang standby untuk Q&A dan juga hands on excavation cara kuno. admin mmg sugest sangat-sangat *TEMPAT WAJIB SINGGAH.
MUZIUM ARKEOLOGI Lembah Bujang di Bukit Batu Pahat dan on the way ke muzium akan Nampak CANDI di depan muzium walaupun tempat ni tak rare macam Sungai Batu tapi banyak barangan sejarah yang di simpan dan jangan lupa bawa baju mandi sekali sebab ada WATERFALL di sebelah muzium kalau dah sampai tak mau mandi pun kena mandi juga walaupun tak bawa baju sebab tempat dia mmg fresh and natural ayaq dia sejuk gedi sebab mai dari gunung jerai. Dekat dgn situ juga lebih jurang 15km boleh ke TANJUNG DAWAI untuk makan SEAFOOD FRESH atau boleh beli barang HASIL LAUT kering dan basah.
Sekurang-kurang kalau mai SP mau 3 ke 4 hari sehari di pulau 2 hari di darat dan malam last pi la naik tido GUNUNG JERAI kawasan tanah tinggi diutara yang terkenal di serata dunia yang menyajikan pemandangan yg indah dimana pemandangan sawah padi,laut dan pulau yang jelas dari ketinggian 1200 METER dari aras laut dan kpd pengemar orkid tetamu boleh lah mengunjungi BOTANICAL GARDEN yg terletak di belakang The Jerai Resort. Kalau nak tido sini kena booking awai sebab selalu sold out.
Dulu-dulu gunung jerai nie la menjadi mercu tanda untuk pedagang luar datang berdagang di Kedah. Sungai Merbok tu dulu sangatlah dalam dan hangpa kena tau Kapal MERONG MAHAWANGSA pun masih ada lagi disitu. InsyaAllah kalau ada bajet yang mencukupi kita akan bawa naik dan masa tu bukan kata orang MALAYSIA satu dunia akan celapak mai kedah. Jangan kata Abang tak payung pula, masa tu mungkin abang tengah sibuk melayan pelancong orang putih. HANGPA WAJIB KENA MAI TENGOK la nii….NOW!!!
Tempat makan tak kalut semua sedap-sedap, jemput mai la dulu insyaAllah bajet ciput tapi puas hati yang amat, tapi jangan terkejut pulak kalau kami cakap kasaq sebab tu dah trademark kami. Kami tak berkira duit ringgit sangat ahh, janji hangpa puas hati. Hangpa semua tetamu kami kami pasti layan hangpa elok-elok.
Hanya di Kuala Muda/Yan
Visit Malaysia 2020
Asia truly Malaysia…Dekat Jerr
ikhlas dari SastriaHotel Sungai Petani.
credit to Mohd Faizy Said
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Terbaik
Tahniah
Percutian di Jerai Geopark memang anda akan teruja bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta kerana kepelbagaian flora dan fauna tinggalan KEDAH TUA serta pulau yang masih dara dan dipulihara untuk hidupan akuatik yang menjanjikan seribu satu pengalaman didalam hidup anda..Datang la Dekat Je
Post a Comment