Friday, September 6, 2019

MUZIUM PERHUTANAN GUNUNG JERAI




MUZIUM PERHUTANAN GUNUNG JERAI
.
.
Kali ni kita naik p tempat tinggi skit. Jom kita melawat Muzium Perhutanan Gunung Jerai yang terletak di atas Gunung Jerai. Nak naik atas ni ada beberapa cara, anda boleh memandu sendiri atau boleh sewa perkhidmatan van yang ada di kaki Gunung Jerai.
.
.
Waktu Operasi:
Ahad-Rabu 9.00 pagi – 4.30 petang
Khamis 9.00 pagi – 3.30 petang
Jumaat, Sabtu dan Cuti Am (TUTUP)
.
.
Bayaran Masuk:
PERCUMA


Thursday, September 5, 2019

Selera Dataran Tsunami at Kota Kuala Muda






#tempatmakanbestsgpetani

Antara tempat makan yang menarik dan sedap, lokasi juga menarik di pesisir pantai Kota Kuala Muda. Berhadapan medan selera ada galeri Tsunami yang ada koleksi dan kesan-kesan semasa Tsunami berlaku. Berdekatan dengan sini juga ada Pasar Bisik tempat orang beli ikan fresh secara berbisik siap ada broker tukang bisik lagi yang standby kalau kita perlukan khidmat dia. 
WAKTU OPERASI
Nasi campur 9.30 AM - 3.30 PM
Mee udg dan masakan panas 4 .00 PM - 11.00 PM
CUTI : ISNIN
.




======================
Tempah Penginapan anda sekarang di Sastria Hotel Sungai Petani,Kedah dengan menghubungi talian seperti dibawah :-

Tuesday, August 20, 2019

Lokasi Menarik di Kuala Muda Yan - Jerai Geoprak


TEMPAT BEST KAT SUNGAI PETANI!!!

Biasanya kalau Pelancong Mai kawasan Kuala Muda Sg.Petani exit TOL SP SELATAN.depa akan  pi sebelah selatan SP dulu iaitu belah KOTA KUALA MUDA, banyak juga tempat menarik kot area situ antaranya ialah PASAR BISIK tempat org jual ikan secara berbisik dan ikan-ikan yang fresh yang baru sampai jetty. GALERI TSUNAMI yang menyimpan video dan gambaran semasa berlakunya bencana tsunami dan juga ada serpihan bangunan kesan dari bencana tsunami. Berhadapan galeri juga ada MEDAN SELERA tepi pantai dan tempat untuk bersantai bersama keluarga sambil  berehat sambil menikmati ombak laut. MEE UDANG kat situ antara yang tersedap di kedah. PANTAI MERDEKA dan PULAU SAYAK juga terletak di kawasan berdekatan denganya.

Kalau keluar dari TOL SP UTARA, tempat yang wajib singgah ialah GALERI PAYA BAKAU JETTY SEMELING  yang menghimpunkan semua kisah habitat flora dan fauna di sepanjang sungai merbok pendek cerita kalau pi galeri ni dah boleh cover sedikit sebanyak mengenai Kedah dan KEDAH TUA. Gambaran cerita yang merangkumi kawasan JERAI GEOPARK gabungan Daratan,Gunung-Ganang,Laut dan Sungai. Lagi 1 tempat ini juga ada RESTORAN DSA,TOILET,SURAU DLL, view untuk sunset memang terbaik di sini.  HANYA 7KM sahaja dari TOL UTARA. Kalau naik highway nak ke kl atau ke hatyai boleh ja singgah sini.Keluar sekejap sahaja dari SP TOL UTARA, jarak perjalanan ke GALERI dalam 10 minit sahaja dah sampai. GALERI ini juga macam pintu gerbang SP dan ONE STOP CENTER macam-macam ada kat sini.

Di galeri ini juga ada JETTY SEMELING yang mana bot penumpang duk standby nak bawa orang pi melawat sekitar SUNGAI MERBOK dan pulau. Ramai orang tak tau yang kat SP nie dah ada ISLAND HOPING,yang inginkan keindahan pulau boleh lah ke PULAU SONG SONG, BIDAN DAN TELUR boleh SNORKELING,DIVING dan mandi manda. Boleh google tengok pulau tersebut kat internet dan lepas google admin takyah cerita Panjang la kalau dia orang yang waras comform hati akan berdegup kencang tanda dah jatuh cinta dengan pulau-pulau yang ada kat sini sebab masih DARA gitu..memang superb la

Bagi pengemar arkeologi tempat wajib singgah adalah peninggalan "KEDAH TUA" TAMADUN MELAYU yang telah  wujud pada 788 BC (SEBELUM MASIHI) yang lalu iaitu hampir sezaman dengan ROM dan YUNANI dan +-800 Tahun sebelum kelahiran Nabi ISA AS. Bayangkan lah kalau kita menjejakkan kaki di Tanah yang telah di huni dan telah maju beribu tahun dahulu dan merupakan pengeksport besi DUNIA . Kesan peninggalan kapal dagang, pelabuhan dan juga tempat peleburan besi umpama kilang yang di gunakan untuk export besi ke seluruh dunia,memang rare tempat ni dan banyak sangat info yang akan kita tau kalau kita pi.SUNGAI BATU.  Sungai Batu always open untuk visitor dan ada TOURIST GUIDE yang standby untuk Q&A dan juga hands on excavation cara kuno. admin mmg sugest sangat-sangat *TEMPAT WAJIB SINGGAH.

MUZIUM ARKEOLOGI Lembah Bujang di Bukit Batu Pahat dan on the way ke muzium akan Nampak CANDI di depan muzium walaupun tempat ni tak rare macam Sungai Batu tapi banyak barangan sejarah  yang di simpan dan jangan lupa bawa baju mandi sekali sebab ada WATERFALL di sebelah muzium kalau dah sampai tak mau mandi pun kena mandi juga walaupun tak bawa baju sebab tempat dia mmg fresh and natural ayaq dia sejuk gedi sebab mai dari gunung jerai. Dekat dgn situ juga lebih jurang 15km boleh ke TANJUNG DAWAI untuk makan SEAFOOD FRESH atau boleh beli barang HASIL LAUT kering dan basah.

Sekurang-kurang kalau mai SP mau 3 ke 4 hari sehari di pulau 2 hari di darat dan malam last pi la naik tido GUNUNG JERAI kawasan tanah tinggi diutara yang terkenal di serata dunia yang menyajikan pemandangan yg indah dimana pemandangan sawah padi,laut dan pulau yang jelas dari ketinggian 1200 METER dari aras laut dan kpd pengemar orkid tetamu boleh lah mengunjungi BOTANICAL GARDEN yg terletak di belakang The Jerai Resort. Kalau nak tido sini kena booking awai sebab selalu sold out.

Dulu-dulu gunung jerai nie la menjadi mercu tanda untuk pedagang luar datang berdagang di Kedah. Sungai Merbok tu dulu sangatlah dalam dan hangpa kena tau Kapal MERONG MAHAWANGSA pun masih ada lagi disitu. InsyaAllah kalau ada bajet yang mencukupi kita akan bawa naik dan masa tu bukan kata orang MALAYSIA satu dunia akan celapak mai kedah. Jangan kata Abang tak payung pula, masa tu mungkin abang tengah sibuk melayan pelancong orang putih. HANGPA WAJIB KENA MAI TENGOK la nii….NOW!!!

Tempat makan tak kalut semua sedap-sedap, jemput mai la dulu insyaAllah bajet ciput tapi puas hati yang amat, tapi jangan terkejut pulak kalau kami cakap kasaq sebab tu dah trademark kami. Kami tak berkira duit ringgit sangat ahh, janji hangpa puas hati. Hangpa semua tetamu kami kami pasti layan hangpa elok-elok.

Hanya di Kuala Muda/Yan
Visit Malaysia 2020
Asia truly Malaysia…Dekat Jerr
ikhlas dari SastriaHotel Sungai Petani.
credit to Mohd Faizy Said

Monday, May 28, 2018

PESTA LELONG BARANGAN HARI RAYA


Pertama kali di Riverfront City Pekan Baru Sg Petani (Belakang Pasaraya Billion)
'PESTA LELONG BARANGAN HARI RAYA' 

BEST RAYA FESTIVAL



Akan menemui anda di
Riverfront City Pekan Baru Sg Petani (Belakang Pasaraya Billion)
Pada 1-14 Jun 2018. (Sampai Malam Raya)
Bermula jam 10 pagi - 2.00 pagi setiap hari.
(Selagi ada pengunjung kami buka sahaja sampai sahur pun okey)

Tempat berbumbung. Teduh dan selesa pada semua pengunjung. Boleh datang seawal jam 10am sampai malam ins sya Allah selesa.
Jangan lepas kan peluang. Miliki barangan keperluan Hari Raya dijual dengan Harga Lelong. Semestinya pembelian anda cukup berbaloi.
Antara barangan yang ada dan macam2 aksesories dan lain2 :-
1. Handbag rm10-rm25
2. Perfume RM5.00
3. Produk Kosmetik Pelbagai Jenama
4. Seluar Jean
5. Kasut sukan
6. Beg lelaki rm5.00
7. Tali Pinggang Rm5.00
8. Beg Sekolah
9. Tudung Raya
10. Gadget Lelong Raya
11. Power Bank
12. Pelbagai menu makanan berbuka puasa dan makan malam.
13. Pakaian lelaki, wanita dan kanak2.
14. Barangan rm1.00
15. Lautan Jeruk dan rojak serta asam2.
16. Posh beg
17. Vintage, Bundle, Prelove Raya.
18. Baju Raya Kanak-Kanak
19. Jacket Lelong
20. Topi
21. Sliper
Pelbagai barangan seperti :-
Pelbagai koleksi Baju Kurung Raya
Fesyen terkini Baju Melayu Raya
Banyak pilihan Kopiah dan Songkok
Sampin & Butang Baju Melayu
Aneka Kuih Raya
Pelbagai juadah makanan juga di sajikan. Pelbagai pilihan makanan menarik. Jom ramai2.
Dan pelbagai barangan menarik menanti anda semua dengan harga LELONG...
Boleh tag dan share pada sanak saudara dan rakan2. Jom ke PESTA LELONG HARI RAYA,
'BELI SATU PUN DAPAT HARGA LELONG'
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH WASAP / TAPAK NIAGA ke www.wasap.my/60164146669 segera.





Tuesday, May 15, 2018

PROMOSI RAMADHAN AL-MUBARAK


 Countdown to Ramadhan 1439H
.
Nak balik kampung Di Sungai Petani? 😮

Kali ni bawak family besar pulak?
👪👪
Jom survey bilik 
Sastria Hotel Sungai Petani Kedah
.
Kami juga menyediakan bilik untuk Family selain single & Couple..
.
Sempena Ramadhan 1439H/2018, Kami tawarkan harga istimewa untuk anda semua. dah boleh pakat booking dah ni.
.
Jom booking sekarang !
Call : 
04-4246744 📞
WhatsApp : www.wasap.my/60108398839 📱
Email : sastriahotel@gmail.com 📧







Friday, April 27, 2018

'PESTA LELONG MALAYSIA'


PESTA LELONG MALAYSIA at RIVERFRONT CITY


Pertama kali di Utara Tanah Air. 'PESTA LELONG MALAYSIA'
Akan menemui anda di
River Front City Pekan Baru Sungai Petani Kedah
pada 27hb April hingga 1hb Mei.
Bermula jam 10pagi - 12tgh malam setiap hari.
Jangan lepas kan peluang. Miliki barangan keperluan dijual dengan harga lelong. Semestinya pembelian anda cukup berbaloi.
Antara barangan yang ada :
1. Handbag rm10-rm25
2. Perfume RM5.00
3. Produk Kosmetik Pelbagai Jenama
4. Seluar Jean
5. Kasut sukan
6. Beg lelaki rm5.00
7. Tali Pinggang Rm5.00
8. Beg Sekolah9. Tudung
10. Gadget Lelong
11. Power Bank
12. Pelbagai menu makanan
13. Pakaian lelaki, wanita dan kanak2.
14. Barangan rm1.00
15. Lautan Jeruk dan rojak serta asam2.
16. Posh beg
17. Vintage, Bundle, Prelove

Dan pelbagai barangan menarik menanti anda semua dengan harga LELONG...
Boleh tag dan share pada sanak saudara dan rakan2. Jom ke PESTA LELONG MALAYSIA,
'BELI SATU PUN DAPAT HARGA LELONG'
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH WASAP www.wasap.my/60164146669 segera.


SUMBER FACEBOOK: PESTA LELONG MALAYSIA


Sunday, February 25, 2018

FOOD FESTIVAL 2018


Food Festival Sajian Halal Gabungan 2 Negara Malay dan Thai

Tarikh: 01 hingga 10 Mac 2018
Masa: 10pagi hingga 12malam
Tempat: Dataran Jam Besar Sg Petani, Kedah





1)Persembahan Muay Thai

2)Buskers

3)Wayang kuliT

4)Car Audio

5)Live Band

6)Ghazal Phati

7)Qasidah / Nasyid

8)Kumpulan Samudera

9)Kumpulan i band

10)Pertandingan Makan


JEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN LAGI SUASANA.
JUMPA DI SANA! 👋👋


Thursday, February 8, 2018

LOKASI MENARIK DI KUALA MUDA & YAN KEDAH




=> PANTAI MERDEKA ( 32.6KM dari Sastria Hotel )
=> PANTAI MURNI WATERFRONT ( 31.3KM dari Sastria Hotel )
=> TANJUNG DAWAI ( 27.4KM dari Sastria Hotel )
=> SUNGAI BATU ( 13.3KM dari Sastria Hotel )
=> TITI SEMELING ( 7.1KM dari Sastria Hotel )
=> MEMORIAL TSUNAMI ( 26.7KM dari Sastria Hotel )
=> GUNUNG JERAI ( 38.5KM dari Sastria Hotel )
=> SUNGAI PETANI CLOCK TOWER ( 3.4KM dari Sastria Hotel)
=> ISLAND HOPPING ( 7.1KM dari Sastria Hotel )
=> RIVER CRUISE SG MERBOK ( 7.1KM dari Sastria Hotel )
=> HUTAN LIPUR TUPAH ( 17.6KM dari Sastria Hotel )
=> MAKAM SULTAN MUZAFFAR SHAH I (12.7KM dari Sastria Hotel )
=> MUZIUM ARKEOLOGI & CANDI LEMBAH BUJANG ( 18.7KM dari Sastria Hotel )
=> THE CARNIVAL WATERPARK ( 4.6KM dari Sastria Hotel )


Masih ada lagi lokasi menarik yang tiada dalam List ? tinggalkan komen anda dibawah 😁😁😁
=======================================

Saturday, January 13, 2018

SASTRIA HOTEL SUNGAI PETANI



Masih belum terlambat untuk mengucapkan 
SELAMAT TAHUN BARU 2018 !!
Semoga apa yang di azamkan pada tahun ini menjadi kenyataan dan apa yang kurang pada tahun lalu di perbaiki pada tahun ini untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. 


Bersempena ulangtahun ke-6 Sastria Hotel Sungai Petani Kedah pada 21 Januari 2018, dapatkan Free Gift sewaktu daftar keluar dikaunter Receptionist mulai 1 Jan 2018 .
Terima Kasih kerana menyokong kami sepanjang 6 tahun beroperasi !

======================================================================

Tempah Penginapan anda sekarang di Sastria Hotel Sungai Petani,Kedah dengan menghubungi talian seperti dibawah :-



RM 63.60
RM 79.50
RM 95.40
RM 84.80

RM 116.60
RM 127.20

RM 137.80


💚💛💚💛💚💛💚💛💚

Your Comfort is Our Concern


#sastriahotel #sungaipetani #hotelsastriasungaipetani #hotelbajetsungaipetani #hotelkedah #hotelmurahsungaipetani #hotelbajetsgpetani #hotelsungaipetanikedah #sastriahotel6tahun #happyanniversarySH, 

Friday, January 12, 2018

Sastria Hotel Sungai Petani, Kedah.

Sastria Hotel Sungai Petani,Kedah.

"Permulaan hari yang baik harus dimulakan dengan pilihan yang baik.

Melancong? Bekerja? Jika anda ingin melakukan 2 perkara ini di Sungai Petani , mestilah dimulakan dengan memilih tempat penginapan yang selesa dan harga yang berpatutan. Hari ini , kami ingin mempromosikan salah sebuah hotel bajet di Sungai Petani yang bernama #HOTELSASTRIA. Pernah dengar dengan nama hotel ini atau anda langsung tidak mengetahui tentangnya? Baiklah , kami dengan niat yang ikhlas ingin menceritakan serba sedikit tentang hotel ini bagi pembaca yang tidak mengenalinya.