Sunday, July 3, 2016

Koleksi Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2016





Tangan dihulur maaf dipinta 
Erat hubungan sesama kita
Semoga gembira di hari yang mulia ini 
Salah dan silap harap dimaaf 
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin


Malam-malam lihat lampu jalan 
tengok-tengok hantu raya 
hati-hati diatas jalan 
supaya selamat pulang beraya


Katak kenyang lalu tertidur 
Gajah pitam lantas terjatuh 
Andai tak sampai tangan menghulur 
Ku pohon keampunan dari jauh


Satu Syawal menjelang tiba
Takbir bergema mengegarkan jiwa 
Sekiranya ada salah dan dosa 
Ampun dipinta dihari mulia 
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin


Gemersik takbir mengundang hiba 
Salam diutus tanda ingatan 
Syawal dinanti menjelang tiba 
Salam diutus pohon kemaafan 
Maaf zahir dan batin


Cahaya Ramadhan berlalu pergi 
Menyambut tibanya Aidilfitri
 Ampun maaf segala peri 
Semoga ikatan kekal dihati 
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin


Andai jemari tak sempat berjabat 
Andai raga tak dapat bertatap 
Seiring beduk yang menggema
Seruan takbir yang berkumandang
Ku aturkan salam menyambut Hari Raya Idul Fitri 
Jika ada kata serta khilafku membekas lara,
Mohon maaf zahir dan batin


Jika jiwa sebening air 
Maka jangan keruhkan 
Jika hati seputih awan 
Jangan mendungkan 
Raih kemenangan dengan saling bermaafan 
Selamat Hari Raya Idul Fitri


Ramadhan bakal beransur pergi
Syawal menjelma di aidilfitri 
Seikhlas hati menyusun jari 
Memohon dimaaf kekhilafan diri 
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin


Bakar lemang sambil berdiri 
Untuk juadah AIDIL Fitri 
Sekarang NAk hantar KAD RAYA sudah tidak relevan lagi 
Ucapan WhatsAPP aje penggganti diri 
Maaf Zahir dan Batin


Jambangan indah lagi berseri 
Menjadi hiasan di Aidilfitri SMS / Whatsapp dikirim pengganti diri 
Tanda ingatan tidak lupa dihati 
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN


Ketupat pulut di atas para
Hendak direbus di tepi perigi 
SMS / Whatsapp dihantar pengganti kad raya 
Tanda ingatan tak luput di hati 
Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Mohon maaf Zahir & Batin


Tiba kita di musim perayaan 
Ramai juga yang shopping sakan
Salam lebaran daku ucapkan 
Di hari raya saling bermaafan 
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin


Kian Berlabuh Tirai Ramadhan 
Lambaian Syawal Kian Dinanti
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan 
Semoga Kesalahan Dimaafi 
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin


Pelita indah lagi berseri 
menjadi hiasan di aidil fitri 
WHATSAPP dikirim pengganti diri 
tanda ingatan tak layu di hati 
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 
MAAF ZAHIR BATIN


Sepuluh jari tersusun rapi 
Bunga melati pengharum hati 
WhatsApp dikirim pengganti diri
Memohon maaf setulus hati 
Mohon Maaf Zahir Dan Batin


Bulan Ramadhan bulan yang mulia 
Di sambut dengan hati yang gembira 
Kini syawal semakin menjelma
Tangan ku hulurkan maaf dipinta


Ada mata pandanglah keindahan 
Ada mulut berbudilah pertuturan 
Ada hati berilah kesayangan 
Ada salah silap silalah maafkan


Sungai disusur sehari-hari 
Dalam gelap menangkap ikan 
Kami menyusun sepuluh jari 
Salah dan silap harap maafkan


Buat meriam pasang pelita 
Asap keluar bunyi tak de 
Ucapan raya maaf dipinta 
Harap tak de yang mengguris jiwe


Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin daripada (nama penghantar)


Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin


Kian Berlabuh Tirai Ramadhan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Dimaafi, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin


Buah pauh ditengah bendang 
Jadi dagangan ditengah kota 
Saudara jauh datang bertandang 
Bermaaf-maafan sesama kita


Disisir diandam dengan cekap 
Potong rambut pelbagai gaya 
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya


Negara kita aman sentosa
Jangan dilupa orang teraniaya 
Makan sudah baju bergaya
Orang fakir jangan dilupa


Masak udang dan gulai ketam 
Pembasuh mulut kuih keria 
Berbunyi mercun berdetum detam 
Riang gembira dihari raya


Menyeberang lautan melintas negeri 
Terbang jauh dari Itali 
Datuk nenek muka berseri 
Anak cucu telah kembali


Memukul gendang pelbagai gaya 
Amat meriah riang gembira
Ramai bertandang di hari raya 
Tersenyum riang sanak saudara


Masak lomak cili api 
Campo dongan ! daun turi 

Hari rayo kolumpo sopi 
Tinggal penyamun dongan pencuri 
(org kolumpo jgn kocik ati!!)


Pulau Pandan jauh ke tengah 
Gunung Daik bercabang tiga 
Makan sudah bersalam pun sudah 
Duit raya takkan dah lupa


Gulai tempoyak ikan mayong 
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong 
Asal teman selamat sampai




Pautan Sumber Asal » mysumber.com

No comments: