Showing posts with label #sastriahotel. Show all posts
Showing posts with label #sastriahotel. Show all posts

Friday, April 27, 2018

'PESTA LELONG MALAYSIA'


PESTA LELONG MALAYSIA at RIVERFRONT CITY


Pertama kali di Utara Tanah Air. 'PESTA LELONG MALAYSIA'
Akan menemui anda di
River Front City Pekan Baru Sungai Petani Kedah
pada 27hb April hingga 1hb Mei.
Bermula jam 10pagi - 12tgh malam setiap hari.
Jangan lepas kan peluang. Miliki barangan keperluan dijual dengan harga lelong. Semestinya pembelian anda cukup berbaloi.
Antara barangan yang ada :
1. Handbag rm10-rm25
2. Perfume RM5.00
3. Produk Kosmetik Pelbagai Jenama
4. Seluar Jean
5. Kasut sukan
6. Beg lelaki rm5.00
7. Tali Pinggang Rm5.00
8. Beg Sekolah9. Tudung
10. Gadget Lelong
11. Power Bank
12. Pelbagai menu makanan
13. Pakaian lelaki, wanita dan kanak2.
14. Barangan rm1.00
15. Lautan Jeruk dan rojak serta asam2.
16. Posh beg
17. Vintage, Bundle, Prelove

Dan pelbagai barangan menarik menanti anda semua dengan harga LELONG...
Boleh tag dan share pada sanak saudara dan rakan2. Jom ke PESTA LELONG MALAYSIA,
'BELI SATU PUN DAPAT HARGA LELONG'
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH WASAP www.wasap.my/60164146669 segera.


SUMBER FACEBOOK: PESTA LELONG MALAYSIA


Thursday, May 18, 2017

EVENT SUNGAI PETANI - KEDAH HALALFEST 2017



KEDAH HALALFEST 2017





Kedah HalalFest 2017

Date : 18 - 21 MEI 2017 

Venue: Perkarangan Aman Jaya Mall Sungai Petani





       pelbagai aktiviti menarik juga menanti anda seisi keluarga !!!!! 
          








jommmm ....... pakat p ramai-ramai !!!!!!!!!!!!!



Friday, February 10, 2017

SUNGAI PETANI WATER PARK



THE CARNIVAL WATER PARK SUNGAI PETANI 



The Carnival Water Park terletak berhampiran Cinta Sayang Resort. Lokasinya tidak jauh dari Pusat Bandar Sungai Petani. Pengunjung boleh ke taman tema ini di jalan Kelab Cinta Sayang melalui persimpangan IKM ke Taman Tungku Hamimah ataupun melalui persimpangan Hospital Sultan Abdul Halim. Jika menggunakan lebuh raya utara-selatan (plus), ikut susur keluar sungai petani utara .


                                                 


The Carnival Water Park mempunyai beberapa aktiviti dan permainan menarik yang disediakan untuk pengunjung. Tarikan utama ialah permainan yang terdapat di water park. Selain itu terdapat aktiviti wall climbing,menunggang kuda,mini golf, dan lain-lain lagi. 









Sebarang urusan, tempahan, dan sebagainya, anda boleh hubungi :


Alamat : The Carnival Water Park Sungai Petani 
              persiaran cinta sayang,
              08000 sungai petani,kedah, malaysia 
                   


Telefon : +604-4414666




Waktu Operasi : 
Friday11AM–6PM
Saturday11AM–7PM
Sunday11AM–7PM
Monday11AM–6PM
Tuesday11AM–6PM
WednesdayClosed
Thursday11AM–6PM


Sunday, January 29, 2017

TORISM : ISLAND HOPPING

'island hoping' di jeti semeling sesi pengenalan dan lawatan ke pulau bidan,pulau song-song dan pulau telur Bersama operator pelancongan ,wartawan,exco dan MPSPK.
Terima kasih MPSPK dan group tour guide yang nampaknya dah bersedia sepenuhnya dengan pengetahuan yang mendalam tentang sejarah sepanjang sungai merbok dan Kedah Tua yang melangkaui beribu tahun dahulu.
Tengelamnya bahtera Merong Mahawangsa,kewujudan telaga keramat yang tak pernah kering di pulau bidan ,Tapak Istana Sultan Abdul Hamid,Penyu bertelur di pulau telur dan bermacam-macam cerita lagi.
Pakej mampu cruise akan di war-warkan dalam masa terdekat di website MPSPK dan servis 'island hoping' akan di mulakan pada 1.2.2017.








Sunday, January 1, 2017

SELAMAT TAHUN BARU 2017



Cerita yang baru menanti kita.. segala sesuatu di tahun lalu hanya akan menjadi masa lalu, kini saatnya berharap dengan harapan baru dan melanjutkan kisah-kisah indah hidup kita dengan senyuman yang baru.. Good luck..




















Sunday, September 11, 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA





KOLEKSI UCAPAN DAN PANTUN SELAMAT HARI RAYA HAJI (AIDILADHA) 2016


Beli tepung gandum di kedai Isabella,
Buat kuih bengkang di rumah cik Leha, 
Patut la lembu ngan kerbau cuak gila,
Rupanya hari ini dah Raya Aidil Adha!


Pergi ke masjid bersama bapa, 
Diajak bersama rakan dan taulan, 
Selamat hari raya Aidil Adha,
Salah dan silap harap dimaafkan.


Berhati-hati dijalan raya, 
Biar lambat asalkan selamat, 
Selamat Hari Raya Aidil Adha, 
Kepada semua Muslimin dan Muslimat.


Muzik berkumandang rentak a go go,
Nona manis berbaju kebayo, 
Korban harta mahupun tenago, 
Taknak korban dah jangan beghayo!


Cari pengat sampai ke Sarawak, 
Pengat dicari di kawasan pokan, 
Den bizi masak ekau jangan nak melawak, 
Kang kobau tak tumbang ekau den korbankan!


Mata kadang salah melihat.
Mulut kadang salah berucap. 
Hati kadang salah menduga. 
Maafkan segala kekhilafan. 
Mohon maaf zahir dan batin. 
Selamat Hari Raya Aidiladha


Sukaria di Hari Raya, 
Orang Tua Jangan dilupa, 
Jasa mereka sangat berharga, 
Kalaulah tiada mereka siapalah kita…


Andai jemari tak sempat berjabat.
Jika raga tak bisa bersua.
Bila Ada kata membekas luka. 
Semoga pintu maaf masih terbuka.


Apabila terjaga di pagi hari, 
Lihat semua berlawa sakan, 
Aidil adha berkunjung lagi, 
Marilah sama kita raikan.


Janganlah dikau terus berangan, 
Marilah kita bersembahyang raya, 
Ketupat rendang menjadi hidangan, 
Jamuan untuk tetamu yang mulia.


Kenapa pula bersembahyang raya, 
aku langsung tak tahu apa,
Kanak-kanak bergembira, 
Yang tua bertemu mesra.


Kenapalah engkau bernasib malang, 
Hari nie hari rayalah rahim..!!! , 
2 3 ekor lembu tumbang, 
Bagi mengikut sunnah Nabi Ibrahim.


Itulah sebab tak ambik perkembangan 
Sampai tak perasan bila hari raya, 
Semuanya tersenyum keriangan, 
Ada yang memberi ada yang menerima


Jangan engkau termenung sahaja, 
Cepatlah siap untuk beraya,
Ingin Achik ucapkan buat semua, 
Selamat Hari Raya Aidil Adha.



Pautan Sumber Asal » mysumber.com

Saturday, March 12, 2016

BANGUNAN KERAJAAN SUNGAI PETANI


Assalamua'laikum & Selamat Sejahtera kepada pengunjung yang singgah disini.
Cuti penggal pertama sekolah bagi tahun 2016 sudah bermula, sudah rancang ke nak bawa anak-anak cuti ke mana? atau bawa balik kampung je? semoga perjalanan anda sentiasa dalam lindungan dari-NYA .

Posting untuk hari ini nak share bangunan kerajaan or pejabat kerajaan di sekitar Sungai Petani, Kedah. Boleh baca list dibawah ye :-



1. Urban Transformation Centre (UTC)


 Alamat :
 Jalan Kuala Ketil, 08000 Sungai Petani ( Stesen Bas Ekspress Sungai Petani)

Waktu Operasi :
 Setiap Hari Kecuali Cuti Umum ( 8.30 am - 10.00 pm / Rehat 7.00pm-8.00pm)

Facebook 
 UTC Sg. Petani, Kedah

Jabatan/Agensi terlibat :-
  1. Imigresen Malaysia
  2. Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ)
  3. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  4. Klinik 1 Malaysia
  5. Majlis Perbandaran Sungai Petani
  6. Syarikat Air Darul Aman (SADA)
  7. Pejabat Tanah Daerah Kuala Muda
  8. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  9. Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
  10. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)


2. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Alamat
KWSP Sungai Petani
Tingkat Bawah & 1, Wisma Keladi
No. 11A, Jalan Bank
08000 Sungai Petani
Kedah.

Nombor Faks : 04-4224200

Waktu Operasi Pejabat
Hari: Ahad - Rabu
Waktu: 8.00 pg - 4.45 ptg
Hari: Khamis
Waktu: 8.00 pg - 4.30 ptg

Waktu Operasi Kaunter

Hari: Ahad - Rabu
Waktu: 8.15 pg - 4.30 ptg
Hari: Khamis
Waktu: 8.15 pg - 4.15 ptg

Waktu Operasi Kios
Hari: Ahad - Rabu
Waktu: 8.15 pg - 4.45 ptg
Hari: Khamis
Waktu: 8.15 pg - 4.30 ptg

3.Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Alamat
Tingkat 2, Bangunan SP Plaza, Sungai Petani Kedah

Waktu Operasi
Hari Ahad hingga Hari Rabu, 
10.00 pagi hingga 3.00 petang.

4. PERKESO

Alamat
Pejabat PERKESO Sungai Petani,
No. 30 & 31, Lengkok Cempaka 1,
Persiaran Cempaka, Bandar Aman Jaya,
08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi
Ahad - Khamis 
Talian Am
Faks
: 04 - 448 1200
: 04 - 442 9392

~ Belakang Amanjaya Mall~

(akan di Update dari semasa ke semasa )

Friday, October 9, 2015

Street Food Sungai Petani

1. TAKOYAKI UTAQA

Lokasi : Pekan baru sungai petani ( berhadapan Border Tea )

2. AR-AZMIL SOTONG RAJA


Beroperasi di taman ria indah berdekatan caltex menerima tempahan sebarang pertanyaan sila hubungi (0125823884)

3. SOTONG RAJA


Lokasi berhdpan Nasi Kandaq Hussin Pekan Baru

4. BUBUR AYAM


Lokasi/ taman arked berhadapan sekolah rendah bakar arang hadapan farmasi oasis

Rm2.50
Dibuka pada jam 3pm - 10pm
Tutup pada hari JUMAAT sahaja
Boleh hubungi utk sebarang tempahan ditalian - 012-7310546


Tuesday, February 10, 2015

RIVER CRUISE di Sungai Petani, Kedah

Harga promotion hingga bulan march 2015

Page 1

Page 2
#sungaipetanikedah
#kedah
#hotelsungaipetani
#sastriahotel
#rivercruise

Saturday, October 4, 2014

TIPS MEMILIH HOTEL

Assalammualaikum dan Hello to our reader.

Hari ini , kami berkongsi tentang tips-tips memilih hotel semasa melancong. Percutian yang sempurna haruslah dimulakan dengan tempat penginapan yang sempurna.Hmm..Bagaimana anda memilih tempat penginapan anda? Harga? Keselesaan? Komen dari pengunjung sebelum ini? Baiklah , kita mulakan perkongsian tips kita dengan Bismillahirahmannirohim...

1. SURVEY HOTEL

Haaa..tips yang paling penting adalah survey dulu harga bilik dan keadaan bilik hotel. Semak komen-komen dari pengunjung yang pernah tinggal di hotel itu. Tidaklah kita menyesal selepas masuk ke dalam bilik hotel. Apabila anda sudah menjejakkan kaki ke dalam hotel dan rasa tidak puas hati , anda buat aduan. Kalaulah pekerja hotel itu cemerlang , masalah anda akan selesai secepat mungkin kerana kadang kala kekurangan bilik hotel tidak dapat dielakkan. Namun , sekiranya pekerja hotel itu memiliki sikap kurang ajar , dah tentulah anda pun panas hati. Percutian anda yang sepatutnya gembira , bertukar menjadi marah dan geram.

2. HARGA BILIK

Apabila anda mengenal pasti hotel yang anda suka , telitilah harganya dulu. Adakah harga itu bersesuaian dengan bajet anda? Di sini , saya ingin mengingatkan satu perkara "HARGA YANG MAHAL TIDAK BERERTI ANDA SELESA , MANAKAL HARGA YANG MURAH TAK BERERTI TERUK. Hotel 5 Bintang juga mempunyai masalah. Kadang kala , bintang tidak membawa erti kepada servis. Apabila melihat harga hotel , lihatlah bajet anda sama. Adakah anda dari golongan yang sederhana atau mewah? Kalaulah anda ini dari golongan sederhana terutama yang makan gaji , tak perlulah anda ingin tinggal di hotel 5 bintang. Buat apa nak susahkan diri untuk membayar hutang dikemudian hari. Mengikut pengalaman kami bekerja di hotel , Dato' dan Tan Sri pun tinggal di hotel yang sederhana.

3. TENGOK POLISI HOTEL

Polisi hotel sangat penting kerana terdapatnya masa check-in dan check-out. Contohnya , kami di Hotel Sastria mempunyai masa check-in pukul 14.00 - 00.00 manakala check-out pula pada pukul 13.00. Tengoklah masanya dahulu. Ada sesetangah pengunjung , ingin membuat check-in awal sedangkan bilik tidak disediakan lagi atau check-out belum dilakukan oleh pengunjung sebelum itu. Anda marah kerana terpaksa menunggu. Disini saya ingin bertanya , siapa yang salah? Anda atau hotel? Fikir-fikirkanlah.


4. KEMUDAHAN HOTEL

Baca dahulu kemudahan hotel yang anda pilih. Contohnya , parking. Anda ingin membawa kereta sendiri atau kereta sewa semasa melancong , mestilah memelurkan parking. Ada sesetengah hotel tidak menyediakan parking. Anda hanya menyedarinya selepas sampai di hotel. Adakah ia parking percuma atau berbayar? Hotel tersebut mempunya tempat makan atau tidak? Hotel tersebut mempunyai wifi atau tidak? Hotel tersebut boleh merokok atau tidak?


4. DEPOSIT

Ada sesetengah hotel yang mengambil deposit dan memulangkannya sewaktu check-out. Ini adalah salah satu prosedur hotel-hotel di Malaysia. Ada hotel mengenakan deposit sebanyak RM50 atau RM100. Jika hotel tersebut memerlukan deposit sedangkan duit anda tidak mencukupi , proses check-in anda akan terganggu.


5. JENIS BILIK

Hotel menawarkan pelbagai jenis bilik yang bersesuai dengan bilingan yang ingin tinggal. Mungkin anda pergi bersama keluarga dan memelurkan bilik keluarga..tetapi mengikut bilik yang anda tempah , ia adalah bilik single. Alamak! Mestilah tak muat untuk anda sekeluarga. Lainlah kalau anda ingin jimat dan pilih bilik single.


BONUS

Nasihat kami , selepas anda mengemak semua lima perkara di atas , telefon hotel untuk kepastian.


#hotelbudgetsungaipetani,hotelsungaipetani,sastriahotel,budgethotelsungaipetani,hotelkedah

Wednesday, October 1, 2014

RESTORAN HOTMAS

Hello..Hello..Hello..We came back again for our lovely reader^^

Nampak tak Restoran Hotmas dipenuhi pengunjung?
Hari ini , kami akan kongsikan restoran yang terkenal di Sungai Petani. Bagi yang pernah tinggal di Sastria Hotel , pasti anda sangat mengenali dengan Hotmas. Kedudukan Hotel Sastria bersebelahan dengan Hotmas.

Bagi penduduk Sungai Petani,Kedah , pasti anda tahu tentang Hotmas. Pengunjung kedai Hotmas sangatlah ramai terutama pada pukul 6 petang sehingga 10 malam. Hotmas terkenal kerana masakan yang sedap dan berbaloi untuk dimakan. Tak percaya? Kena try dulu baru komen ye...

Menu? Hotmas terkenal dengan masakannya seperti Chicken Chop , Grilled Chicken With Black Paper , Bihun Singapore , Nasi Goreng USA , Nasi Goreng Indah , Nasi Goreng Ekonomi , Sizzling dan banyak lagi. Menarik?

Bagi yang berminat untuk mencuba di Restoran Hotmas , ia dibuka setiap hari kecuali hari rabu dan cuti umum yang terpilih. Masa? Operasi restoran bermula dari pukul 5 petang sehingga 11 malam.

Selamat mencuba!



#Hotmasrestoran,#Hotmassungaipetani