Saturday, September 14, 2019

Jerai Geopark


Geopark Jerai (nama komersil: Jerai Geopark) merupakan salah satu geopark kebangsaan pertama di Malaysia dan kedua di negeri Kedah. 

Geopark Jerai terletak dalam negeri Kedah dengan keluasan keseluruhan 816 kilometer persegi dengan keluasan daratan 501 kilometer persegi.
Geopark Jerai merangkumi sebahagian daerah Kuala Muda dan daerah Yan serta 5 pulau baki iaitu Pulau Bidan, Pulau Bunting, Pulau Sayak, Pulau Songsong dan Pulau Telur .

Faktor utama yang menjadikan kawasan Jerai sebagai geopark ialah keunikan aspek geologi batuannya, di mana terdapatnya batuan Formasi Jerai berusia Kambria yang tertua di Malaysia.
Selain itu, Gunung Jerai sendiri mempunyai tarikan yang tersendiri dari aspek geologi pembentukan, komposisi batuan dan kepentingannya dari aspek nilai sejarah, budaya dan tamadun .

Kawasan Jerai juga merupakan lokasi wujudnya Tamadun Kedah Tua dan terkenal dari aspek arkeologi menerusi penemuan Tamadun Sungai Batu iaitu tapak pelabuhan dan peleburan besi kuno, Tamadun Lembah Bujang dan puluhan candi dan binaan kuno di sepanjang Sungai Merbok.
Tarikan lain yang terdapat dalam Geopark Jerai ialah Hutan Paya Bakau Sungai Merbok yang bernilai tinggi




SUMBER ARTIKEL : WIKIPEDIA

TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG WAJIB DI KUNJUNGI JIKA BERKUNJUNG KE SUNGAI PETANI KEDAH DAN JERAI GEOPARK. SILA KLIK LINK DI BAWAH --->

http://sastel.blogspot.com/2019/08/tempat-pelancongan-sungai-petani-kuala.html

Tuesday, September 10, 2019

Friday, September 6, 2019

MUZIUM PERHUTANAN GUNUNG JERAI




MUZIUM PERHUTANAN GUNUNG JERAI
.
.
Kali ni kita naik p tempat tinggi skit. Jom kita melawat Muzium Perhutanan Gunung Jerai yang terletak di atas Gunung Jerai. Nak naik atas ni ada beberapa cara, anda boleh memandu sendiri atau boleh sewa perkhidmatan van yang ada di kaki Gunung Jerai.
.
.
Waktu Operasi:
Ahad-Rabu 9.00 pagi – 4.30 petang
Khamis 9.00 pagi – 3.30 petang
Jumaat, Sabtu dan Cuti Am (TUTUP)
.
.
Bayaran Masuk:
PERCUMA


Thursday, September 5, 2019

Selera Dataran Tsunami at Kota Kuala Muda






#tempatmakanbestsgpetani

Antara tempat makan yang menarik dan sedap, lokasi juga menarik di pesisir pantai Kota Kuala Muda. Berhadapan medan selera ada galeri Tsunami yang ada koleksi dan kesan-kesan semasa Tsunami berlaku. Berdekatan dengan sini juga ada Pasar Bisik tempat orang beli ikan fresh secara berbisik siap ada broker tukang bisik lagi yang standby kalau kita perlukan khidmat dia. 
WAKTU OPERASI
Nasi campur 9.30 AM - 3.30 PM
Mee udg dan masakan panas 4 .00 PM - 11.00 PM
CUTI : ISNIN
.




======================
Tempah Penginapan anda sekarang di Sastria Hotel Sungai Petani,Kedah dengan menghubungi talian seperti dibawah :-