Wednesday, October 1, 2014

RESTORAN HOTMAS

Hello..Hello..Hello..We came back again for our lovely reader^^

Nampak tak Restoran Hotmas dipenuhi pengunjung?
Hari ini , kami akan kongsikan restoran yang terkenal di Sungai Petani. Bagi yang pernah tinggal di Sastria Hotel , pasti anda sangat mengenali dengan Hotmas. Kedudukan Hotel Sastria bersebelahan dengan Hotmas.

Bagi penduduk Sungai Petani,Kedah , pasti anda tahu tentang Hotmas. Pengunjung kedai Hotmas sangatlah ramai terutama pada pukul 6 petang sehingga 10 malam. Hotmas terkenal kerana masakan yang sedap dan berbaloi untuk dimakan. Tak percaya? Kena try dulu baru komen ye...

Menu? Hotmas terkenal dengan masakannya seperti Chicken Chop , Grilled Chicken With Black Paper , Bihun Singapore , Nasi Goreng USA , Nasi Goreng Indah , Nasi Goreng Ekonomi , Sizzling dan banyak lagi. Menarik?

Bagi yang berminat untuk mencuba di Restoran Hotmas , ia dibuka setiap hari kecuali hari rabu dan cuti umum yang terpilih. Masa? Operasi restoran bermula dari pukul 5 petang sehingga 11 malam.

Selamat mencuba!



#Hotmasrestoran,#Hotmassungaipetani




Post a Comment