Thursday, August 13, 2015

Medan Selera Jam Besar ( Clock Tower ) Sg Petani





"Did somebody say.... Food ? "
" Yeah Mr.Cat , I will write about food again " ^___^

Medan Selera Jam Besar . Medan selera dekat sini memang macam-macam pilihan makanan ada, boleh datang try tengok dan makan.




This photo of Medan Selera Jam Besar is courtesy of TripAdvisor 

Waktu operasi petang ( after office hour) sampai 1.00 - 2.00 am macam tu lah, macam-macam menu ada ! Kalau orang luar yang datang sungai petani, tercari-cari kawasan tempat makan yang besar dan banyak pilihan waktu malam boleh cuba dekat sini.

Lokasi tepat berdekatan dengan HSBC bank yang bangunan ala-ala zaman pemerintahan Inggeris suatu ketika dahulu. Bangunan-bangunan kawasan ni kebanyakkan bangunan lama dan elok dibuat kawasan bersejarah dan perlu dibaik pulih supaya tinggalan sejarah jajahan tu tak hilang dek usia dan teknologi.



Akhir sekali, kalau ada hajat nak datang bercuti di sungai petani boleh la rancang awal-awal. Senang nanti. Cuti sekolah memang ramai orang luar berduyun-duyun datang Sg Petani, tempahan hotel digalakkan awal untuk mengelak anda kena tidur dalam kereta sebab tiada kekosongan.

Sekian...

#sungaipetanikedah
Post a Comment