Monday, August 22, 2016

TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN 2016 MALAYSIA


                                TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN 2016 MALAYSIA







             Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2016 turut sama menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa masih dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk tahun 2016. 
Dalam satu kenyataan media, Kabinet telah bersetuju untuk mengekalkan tema sambutan Hari Kebangsaan seperti tahun lalu ‘Sehati, Sejiwa’ kerana perlunya memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia.

            Sementara, Logo dan Lagu Sambutan juga masih dikekalkan bagi tahun 2016 selain turut dikekalkan adalah penggunaan nama ‘Hari Kebangsaan’ sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan.

            Dalam pada itu, antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia mulai Julai sehingga Oktober nanti termasuk program MERDEKA@komuniti, pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, Doa Untuk Malaysia, Kayuhan Sehati Sejiwa, Karnival Merdeka, Amanat Hari Kebangsaan, Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 dan Sambutan Hari Malaysia 20

                 

#SEHATI SEJIWA

SehatiSejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.

Sebagai makluman, mulai tahun lalu (2015) sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun








Pautan Sumber Asal » mysumber.com
Post a Comment