Saturday, September 14, 2019

Jerai Geopark


Geopark Jerai (nama komersil: Jerai Geopark) merupakan salah satu geopark kebangsaan pertama di Malaysia dan kedua di negeri Kedah. 

Geopark Jerai terletak dalam negeri Kedah dengan keluasan keseluruhan 816 kilometer persegi dengan keluasan daratan 501 kilometer persegi.
Geopark Jerai merangkumi sebahagian daerah Kuala Muda dan daerah Yan serta 5 pulau baki iaitu Pulau Bidan, Pulau Bunting, Pulau Sayak, Pulau Songsong dan Pulau Telur .

Faktor utama yang menjadikan kawasan Jerai sebagai geopark ialah keunikan aspek geologi batuannya, di mana terdapatnya batuan Formasi Jerai berusia Kambria yang tertua di Malaysia.
Selain itu, Gunung Jerai sendiri mempunyai tarikan yang tersendiri dari aspek geologi pembentukan, komposisi batuan dan kepentingannya dari aspek nilai sejarah, budaya dan tamadun .

Kawasan Jerai juga merupakan lokasi wujudnya Tamadun Kedah Tua dan terkenal dari aspek arkeologi menerusi penemuan Tamadun Sungai Batu iaitu tapak pelabuhan dan peleburan besi kuno, Tamadun Lembah Bujang dan puluhan candi dan binaan kuno di sepanjang Sungai Merbok.
Tarikan lain yang terdapat dalam Geopark Jerai ialah Hutan Paya Bakau Sungai Merbok yang bernilai tinggi




SUMBER ARTIKEL : WIKIPEDIA

TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG WAJIB DI KUNJUNGI JIKA BERKUNJUNG KE SUNGAI PETANI KEDAH DAN JERAI GEOPARK. SILA KLIK LINK DI BAWAH --->

http://sastel.blogspot.com/2019/08/tempat-pelancongan-sungai-petani-kuala.html

No comments: