Thursday, December 21, 2017

CARI MAKAN DI SUNGAI PETANI (PART 1)



#Chennai Curry House
141-143 Jalan Lagenda 5, Lagenda Height Sungai Petani, 08000 Kedah


Sebagaimana namanya, Chennai Cury House menyediakan menu masakan India. Oleh itu, antara menu yang boleh anda temui ialah nan, thosai, ayam tandoori, kambing varuvaral, briyani dan sebagainya. Untuk merasai pengalaman berbeza, nasi dihidangkan di atas daun pisang. Rata-rata berpuas hati dengan masakan di Chennai Curry House.

Antara ruang makan dan runag dapur dipisahkan dengan dinding kaca. Jadi, pelanggan dapat melihat keadaaan dapur. Chennai Curry House dikenali bersih dan memiliki pelayan yang mesra dan suka membantu walaupun ada sebahagian pelayn mereka tidak mampu bertutur dalam bahasa melayu dengan baik.



#Pallet Cafe
No. 162, 1st Floor,  Jalan Lagenda 6, Lagenda Height, 08000 Sungai Petani, Kedah



Pallet Cafe mempunyai gaya hiasan ala-ala hipster yang memberi rasa tenang dan relaks. bagi sesetengah orang ia menampilkan gaya artistik bercampur sentuhan moden.

Pekerjany pula amat mesra dan sedia membantu. Lalu, ia menjadi lokasi yang sesuai untuk seisi keluarga dan perjumpaa rakan-rakan. Masakan yang ditawarkan adalah makanan barat seperti lamb chop, grilled chicken, pasta dan pizza.

Tidak banyak pujian yang diberikan kepada makanan tetapi tidak jugaklah ada komen buruk mengenainya. Pallet Cafe amat sibuk pada waktu malam selain tengah hari. Oleh itu, cuba cari masa yang sesuai untu anda. 







KREDIThttp://saji.my/sungai-petani/
PHOTO BY: FOURSQUARE




Post a Comment