Sunday, December 24, 2017

CARI MAKAN DI SUNGAI PETANI (PART 2)



#Restoran LeBoss
201, 202 Jalan Lagenda Height, Sungai Petani 08000 Kedah



Bukan sahaja menu masakan malaysia disediakan di sini, malah ada juga menu masakan barat disediakan disini. suasana restopran amat selesa. Makanan agak mahai tetapi berbaloi kerana kuantiti agak banyak. Jika anda bukan jenis yang makan dalam kuantiti yang besar atau tidak lapar, anda pasti tidak mampu meghabiskannya.

Restoran LeBoss dibuka pada setiap hari bemula pada jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam kecuali pada hari Jumaat iaitu pada jam 03.00 petang




#Nasi Lemak Cinta Sayang
No 1, Jalan Lagenda, Lagenda Height Sungai Petani, 08000 Kedah




Papan tandanya agak besar jadi mudah untuk pengunjung mencarinya. Sebagaimana namanya, Nasi Lemak Cinta Sayang terkenal dengan nasi lemaknya. Ada pilihan telur rebus, telur goreng, ayam goreng, kari daging, kentang bercili dan sebagainya.

Jika nasi lemak bukan pilihan anda, ada sahaja menu lain yang boleh dicuba seperti bihun goreng, mee goreng serta pilihan nasi campur. Seperti biasa mereka menyediakan pelbagai jenis minuman termasuk teh tarik minuman kegemaran rakyak Malaysia.

Para pelanggan bersetuju dengan Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang ini bagus dari segi penjagaan kebersihan dan layanan yang baik.







KREDIThttp://saji.my/sungai-petani/
PHOTO BYFOURSQUARE

Post a Comment